Friday, May 10, 2013

Hafsah 16 Tahun dahh



Assalamualaikum!

Meh, saya nak share satu kisah.. Siang tadi ada sorang makcik sebenarnya saya lah makcik tu ni pergi cari kerja, then dapat! pastu suka la! Hati makcik tu pun bebunga raya lambang kebanggaan Malaysia sabab gaji yang dia nak bagi tu agak nak meletup jugak la dompet kalau isi.. Then cerita masuk kerja jam berapa, balik jam berapa, bla bla bla.. Yang last sekali! "Tapi ha amoi, sini tempat you tak bole semayang punye tau" Ohh dem.. Terpukul habis hati si makcik itu tadi.. "Its okey! I tak nak, thanks! Maka berlalu lah si makcik hati yang berbunga tebakar.. 

Ok sudah! Buang kisah sedih makcik itu jauh-jauh! jangan di kenang pekara yang sudah! Kita cerita pulak pasal harini beday girl adek saya yang no3.. Confuse?? Tak payah nak confuse sangat! hah BACA INI..

 Harini birthday Passa yang ke 16tahun..
semoga berjaya dunia dan akhirat la ya Passa monyong!
Tahun depan SPM pastu da tak sekolah..
dah bole kawin.. HAH HAH HAH!!

Ini muka-muka budak yang konon-konon nak buat
suprise.. Tapi tak jadi sangat, sebab si hafsah ni nampak
cake die dalam peti ais.. yang di simpan dalam periuk...
Punya la periuk, nak sorok punya hal..















Untuk adik Balli saya kat indon yang lagi 2 minggu nak exam tu, buat yang terbaik! bila kitorang buat parti beday mesti kau tak join kan.. Sedih tau kami orang :'(




Monday, April 29, 2013

Asik Jauh Je!

Assalamualaikum!

Yeahh! Nampak tak permainan dia? Unisel bagi broadband free baru rajin mengupdate.. Oh silap! Unisel  bagi adik saya Umie Harun broadband, dan saya tumpang kesenangan bersama.. Time aku belajar tak nak pulak kasi! ini tidak adil tidak adil bagi ku!

Alahai~ tiba-tiba rasa susah pulak nak buat ayat! hahaha.. 

Ok! Ini Apis nerd!

Dia ada masalah besar dengan saya semenjak dua ni! Nak pendek kan cerita, "Awak asal Alor Star, belajar kt Puncak Alam, yang nak pergi praktikal sampai Taiping tu pasai pa?" Kononnya senang Dia ni tak tahu la sama ada nak pergi praktikal ka, atau nak pergi makan angin ke atau nak pergi besiar-siar ke.. Takde kene mengene kot! Kalau kt Kedah da tak dapat, cari la dalam selangor, kan senang tu!

Kalau itu pilihan awak, saya ok je! Tapi kenapa kat Taiping? Apa yang hospital kat sana ada yang kat tempat lain takda? Ke nurse kat sana cantik-cantik? biar senang dia nak ngurat nurse nanti pastu saya tak tahu.. HA HA HA!

Kau pergi~~~~Eee~~Eee~~ Pergi! Asik pergi jauh je awak ni



Sunday, April 28, 2013

Alahhaii Si Comel Kakak


Assalamualaikum :)

Ok! firstly petang tadi tekejut sebab ada pelanduk dua serupa dengan saya, tejumpa dekat facebook. Kembar yang tepisah time kecik agaknya, yang macam dalam cerita senetron tu! takde keje lain nak buat cerita pasal hilang anak, anak hilang dan puteri yang di tukar.. DEM! 

Pastu malam ni pulak! Ada sorang budak gendut berkata begini :-
"kak! please shoot gambar aku, aku nak buat DP dengan yang belekang-belakang tu Timeline Facebook "

OH MY GENDUT! Bajet artis malam-malam ni kenapa? Then da mekup-mekup, da tukar baju, shoot la gambar dia yang berlatarbelakangkan dinding di dalam bilik.. HAHAHA!




Alahai.. Si comel kakak! 


Wednesday, January 9, 2013

SAYA SUKA!!

Assalamualaikum..

Idola saya..
Saya suka Muhammad Al-Fateh.. Beliau seorang yang soleh, Raja yang adil, seorang pemuda yang berani, beliau seorang ikon yang patut di contohi pemuda sekarang ni.. Sabda Rasulullah S.A.W "Akan lahir sebaik-baik pemimpin, sebaik-baik tentera" iaitu Muhammad Al-fateh, di sebut perihal beliau sebelum kelahiran beliau lagi.. Seawal umur 21tahun, beliau telah berjaya menjadi seorang pemimpin yang berjaya..

Buku yang style!
Saya suka baca Hikayat Panji Semirang. Sebuah kisah yang mengisahkan "Kerajaan yang bernama Jenggala, mempunyai Putera yang bernama Raden Inu Kertapati yang bertunang dengan Dewi Candera Kirana, dari kerajaan Kediri.. Dewi Candera Kirana ni Puteri kepada Paduka Liku, raja kepada kerajaan Kediri.. Paduka Liku ada dua isteri, isteri pertama tu ibu Dewi Candera Kirana, isteri kedua pulak ibu kepada Galuh Ajeng yang pendengki.. Pastu ada cerita yang menarik pasal hikayat ni, ada konflik sikit, nak tahu baca la sendiri.. HAHA!

Tempat yang nak pergi.
Saya suka Mekah!
Sebelum tutup mata nak sangat pergi tempat ni banyak-banyak kali..
Suka sangat tempat ni..
Siapa yang tak suka Mekah ni, baik hang pergi gantung diri..

Makan!!
Saya suka makan peria..
ia baik untuk kesihatan, dan awet muda..
makin pahit makin sedap..
makan dengan nasi panas.. PERRRR!!

Style Rumah..
Saya suka style rumah macam ni..
Bentuk dia moden, tapi di buat campur kayu2 sikit..
Kata ayah saya, "Tropikal Style"
Pastu atas tasik, boleh tanam Bunga Bakawali dalam tasik tu..
Style siot..


Macam biasa!
Saya suka jeep..
kene tembak dengan penjenayah tak tembus..

Dan saya suka air terjun..
Sejuk! Best! Nyaman...